Thursday, March 1, 2012

Beza Ego Lelaki Dengan Ego Perempuan

Apa itu Ego? Ego merupakan sifat semulajadi insan bernama manusia. Setiap orang ada ego, janganlah nafikannya. Cuma membezakan mereka dengan yang lain ialah tahap seseorang itu menunjukkan egonya. Ego bukannya 100% negatif, ada positifnya. Ego membuatkan seseorang itu lagi nampak kukuh pendirian, bagi lelaki pula lagi nampak sifat kepimpinannya, cuma janganlah berlebih-lebih.


Perbezaan ego lelaki dengan ego perempuan :

Ego Lelaki
  • Selalu anggap dirinya lebih betul
  • Setiap kali nak menang, tidak mahu kalah
  • Mudah tercabar bila ada orang lagi bagus, terutamanya perempuan



Ego Perempuan
  • Mahu perhatian lebih, lagi-lagi daripada lelaki
  • Mudah cemburu, terutamanya dengan kaum sejenis



Ego siapa lagi tinggi? Lelaki atau perempuan? Jawapannya, kedua-dua. Bila seseorang itu menunjukkan keegoannya, yang lagi seorang mahu membalas balik dengan ego yang lebih tinggi. Akhirnya, apa-apa pun tidak menjadi, kedua-dua pihak perlulah belajar merendahkan ego masing-masing. Jangan biarkan satu pihak sahaja kena selalu mengalah.

Bagi mereka yang ego tinggi, cubalah rasa segan pada orang keliling. Kalau dibiarkan juga, kelak akan menyusahkan orang, dan orang yang suka menyusahkan orang lain ini, sebenarnya bukanlah orang, tapi saudara syaitan.




3 comments:

  1. Entri menarik yang menceritakan tentang ego.Buat masa ini tak pernah lagi terjumpa dengan perempuan yang asyik ingin menang je..Kebanyakannya lelaki..hehe

    ReplyDelete
  2. betul2, bagi lelaki ego itu memang kena ada, tapi kalau sepanjang masa asyik nak menang, tak boleh jugak

    ReplyDelete
  3. lakî2 ni kdg2 kena jgk kne kuang sket ego tu lïke me ouhuhuhuhu päsan ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...