Wednesday, April 4, 2012

Wednesday, March 21, 2012

Thursday, March 15, 2012

Mercun! Masihkah Anda Ingat?

 Mercun telur naga
sanggup tahan tunggu sampai malam sebab nak tengok mercun ni beraksi


 Mercun ketupat
simple, tapi bunyi kuat gila


 Mercun mancis
favorite, mudah didapati, selalu kacau budak-budak perempuan guna mercun ni


 Mercun roket
mercun paling cool, pernah tembak masuk ke tingkat rumah orang(pangsapuri tingkat atas sekali)


 Mercun bola
woah! mercun kuat gila, pernah baling masuk longkang penuh dgn air, sekali meletup, fuh!


 Mercun gasing
mercun paling selamat, pusing-pusing je



 Mercun lebah
mercun ni siap ada baling guna tangan nak tunjuk hebat punya pasal, tapi lepas dah terbang, sukar dijangka pergerakannya, takut kena kita balik


 Bunga api dan pop pop
haha! paling lame, budak perempuan dengan budak lelaki lembut je main ni



Walaupun seronok main mercun, lagi-lagi bila hampirnya musim perayaan, tapi tetap merbahaya. Banyak kes teruk bukan setakat tangan pecah, sampaikan pecah kepala pun ada. Eloklah kerajaan haramkan mercun. Leave it to professionals kids.








Monday, March 12, 2012

Art, Games and Women


Golongan yang terlibat dalam bidang ART perlu banyak bermain video games. Sebab game sangat membantu mereka mengembangkan imaginasi. Game merupakan sumber inspirasi yang kuat, kerap kali dijadikan sebagai bahan rujukan, lagi-lagi dari segi design.

Jadi apabila mereka, terutamanya 'perempuan' asyik merungut-rungut yang pasangan mereka selalu bermain game, cuba fikir balik, adakah pasangan anda banyak luangkan masa bersama game atau bersama anda?

Banyak kes para gadis sekalian, mudah melenting kerana mendapat tahu pasangan mereka bermain game. Mereka lupa yang mereka bukan marah sebab pasangan mereka tidak mengendahkan mereka, tapi lebih kepada bermain game itu sendiri.


Cuba renungkan, zaman sekarang bila anda online, sudah tentu jumpa di Facebook, chatting, like post/komen masing-masing dan sebagainya, kalau keluar dating pula sudah tentu si lelaki tidak dapat bermain game dan sah-sah akan luangkan masa dengan pasangannya. Jadi, apa salahnya bila si lelaki mahu meluangkan masa bermain game kegemaran di rumah? Perlu sangatkah mantain connection sepanjang masa, setiap minit dan setiap saat dengan pasangan bila berjauhan? Bila dekat berkepit, bila berjauhan pula sms tidak putus-putus.


Bagi perempuan yang tidak tahu, game popular seperti, DOTA bukan sahaja menjadi kegilaan ramai jejaka tetapi juga dapat mengeratkan lagi silaturahim dengan rakan-rakan mereka, ini fakta. Lainlah kalau si lelaki terlalu obsess dengan game sehinggakan tidak mempedulikan langsung orang tersayang atau pun bermain terlampau banyak sehingga boleh dikatakan 'tidak ada life'.


Jadi mereka yang terlibat dalam bidang ART, dan secara semulajadinya sangat-sangat berminat bermain game. Jika disuruh berhenti bermain game, seolah-olah menyekat sumber kreativiti mereka, dan secara tidak langsung ibarat menyuruh mereka berhenti mengejar cita-cita. Kebanyakan perempuan tidak tahu nikmat keseronokan bermain game, mereka cuma duduk di luar zone itu dan merungut-rungut. Apa kata join sekali? Bukankah lebih bahagia?


Lelaki Sejati Tips #8


Sunday, March 11, 2012

Saturday, March 10, 2012

Friday, March 9, 2012

Monday, March 5, 2012

Ciri-Ciri Lelaki yang Perempuan Suka dan Benci

Benci

  • Merokok


  • Pemalas


  • Suka marah-marah


  • Selalu bergaduh


  • Berlagak





Suka


  • Sifat pemimpin


  • Pandai ambil hati


  • Penyayang


  • Suka kanak-kanak


  • Lemah-lembut


  • Berani


  • Bercita-cita tinggi


  • Yakin

Thursday, March 1, 2012

Beza Ego Lelaki Dengan Ego Perempuan

Apa itu Ego? Ego merupakan sifat semulajadi insan bernama manusia. Setiap orang ada ego, janganlah nafikannya. Cuma membezakan mereka dengan yang lain ialah tahap seseorang itu menunjukkan egonya. Ego bukannya 100% negatif, ada positifnya. Ego membuatkan seseorang itu lagi nampak kukuh pendirian, bagi lelaki pula lagi nampak sifat kepimpinannya, cuma janganlah berlebih-lebih.


Perbezaan ego lelaki dengan ego perempuan :

Ego Lelaki
  • Selalu anggap dirinya lebih betul
  • Setiap kali nak menang, tidak mahu kalah
  • Mudah tercabar bila ada orang lagi bagus, terutamanya perempuan



Ego Perempuan
  • Mahu perhatian lebih, lagi-lagi daripada lelaki
  • Mudah cemburu, terutamanya dengan kaum sejenis



Ego siapa lagi tinggi? Lelaki atau perempuan? Jawapannya, kedua-dua. Bila seseorang itu menunjukkan keegoannya, yang lagi seorang mahu membalas balik dengan ego yang lebih tinggi. Akhirnya, apa-apa pun tidak menjadi, kedua-dua pihak perlulah belajar merendahkan ego masing-masing. Jangan biarkan satu pihak sahaja kena selalu mengalah.

Bagi mereka yang ego tinggi, cubalah rasa segan pada orang keliling. Kalau dibiarkan juga, kelak akan menyusahkan orang, dan orang yang suka menyusahkan orang lain ini, sebenarnya bukanlah orang, tapi saudara syaitan.




Lelaki Sejati Tips #3


Cara-Cara Nak Sentiasa Kreatif

  • Buat senarai
  • Sentiasa bawa buku nota
  • Cuba menulis bebas
  • Catat bila mendapat idea
  • Jauhkan diri dari komputer
 



  • Jangan paksa diri 
  • Berhenti merendahkan diri sendiri



  • Ambil masa untuk berehat
  • Menyanyi dalam tandas
  • Dengar muzik baru (justin bieber dan sewaktu dengannya) 
  • Minum kopi
  • Berfikiran terbuka



  • Bergaul dengan orang-orang kreatif
  • Dapatkan pendapat dan kritikan orang lain
  • Berkolaborasi



  • Praktis dan praktis
 



  • Jangan putus asa
 


  • Terima diri melakukan kesilapan
  • Merantau ke tempat baru
  • Bersyukur
  • Berani ambil risiko
  • Langgar undang-undang
 



  • Baca kamus



  • Wujudkan satu rangka kerja
  • Bersihkan ruang kerja



  • Berhenti kejar kesempurnaan orang lain
  • Berseronok


  • Selesaikan sesuatu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...