Sunday, March 25, 2012
Wednesday, March 21, 2012
Thursday, March 15, 2012
Mercun! Masihkah Anda Ingat?
Mercun telur naga
![]() |
sanggup tahan tunggu sampai malam sebab nak tengok mercun ni beraksi |
Mercun ketupat
![]() |
simple, tapi bunyi kuat gila |
Mercun mancis
![]() |
favorite, mudah didapati, selalu kacau budak-budak perempuan guna mercun ni |
Mercun roket
![]() |
mercun paling cool, pernah tembak masuk ke tingkat rumah orang(pangsapuri tingkat atas sekali) |
Mercun bola
woah! mercun kuat gila, pernah baling masuk longkang penuh dgn air, sekali meletup, fuh! |
Mercun gasing
![]() |
mercun paling selamat, pusing-pusing je |
Mercun lebah
![]() |
mercun ni siap ada baling guna tangan nak tunjuk hebat punya pasal, tapi lepas dah terbang, sukar dijangka pergerakannya, takut kena kita balik |
Bunga api dan pop pop
haha! paling lame, budak perempuan dengan budak lelaki lembut je main ni |
Walaupun seronok main mercun, lagi-lagi bila hampirnya musim perayaan, tapi tetap merbahaya. Banyak kes teruk bukan setakat tangan pecah, sampaikan pecah kepala pun ada. Eloklah kerajaan haramkan mercun. Leave it to professionals kids.
Monday, March 12, 2012
Art, Games and Women
Golongan yang terlibat dalam bidang ART perlu banyak bermain video games. Sebab game sangat membantu mereka mengembangkan imaginasi. Game merupakan sumber inspirasi yang kuat, kerap kali dijadikan sebagai bahan rujukan, lagi-lagi dari segi design.
Jadi apabila mereka, terutamanya 'perempuan' asyik merungut-rungut yang pasangan mereka selalu bermain game, cuba fikir balik, adakah pasangan anda banyak luangkan masa bersama game atau bersama anda?
Banyak kes para gadis sekalian, mudah melenting kerana mendapat tahu pasangan mereka bermain game. Mereka lupa yang mereka bukan marah sebab pasangan mereka tidak mengendahkan mereka, tapi lebih kepada bermain game itu sendiri.
Cuba renungkan, zaman sekarang bila anda online, sudah tentu jumpa di Facebook, chatting, like post/komen masing-masing dan sebagainya, kalau keluar dating pula sudah tentu si lelaki tidak dapat bermain game dan sah-sah akan luangkan masa dengan pasangannya. Jadi, apa salahnya bila si lelaki mahu meluangkan masa bermain game kegemaran di rumah? Perlu sangatkah mantain connection sepanjang masa, setiap minit dan setiap saat dengan pasangan bila berjauhan? Bila dekat berkepit, bila berjauhan pula sms tidak putus-putus.
Bagi perempuan yang tidak tahu, game popular seperti, DOTA bukan sahaja menjadi kegilaan ramai jejaka tetapi juga dapat mengeratkan lagi silaturahim dengan rakan-rakan mereka, ini fakta. Lainlah kalau si lelaki terlalu obsess dengan game sehinggakan tidak mempedulikan langsung orang tersayang atau pun bermain terlampau banyak sehingga boleh dikatakan 'tidak ada life'.
Jadi mereka yang terlibat dalam bidang ART, dan secara semulajadinya sangat-sangat berminat bermain game. Jika disuruh berhenti bermain game, seolah-olah menyekat sumber kreativiti mereka, dan secara tidak langsung ibarat menyuruh mereka berhenti mengejar cita-cita. Kebanyakan perempuan tidak tahu nikmat keseronokan bermain game, mereka cuma duduk di luar zone itu dan merungut-rungut. Apa kata join sekali? Bukankah lebih bahagia?
Sunday, March 11, 2012
Saturday, March 10, 2012
Friday, March 9, 2012
Monday, March 5, 2012
Ciri-Ciri Lelaki yang Perempuan Suka dan Benci
Benci
Suka
- Merokok
- Pemalas
- Suka marah-marah
- Selalu bergaduh
- Berlagak
Suka
- Sifat pemimpin
- Pandai ambil hati
- Penyayang
- Suka kanak-kanak
- Lemah-lembut
- Berani
- Bercita-cita tinggi
- Yakin
Sunday, March 4, 2012
Friday, March 2, 2012
Thursday, March 1, 2012
Beza Ego Lelaki Dengan Ego Perempuan
Apa itu Ego? Ego merupakan sifat semulajadi insan bernama manusia. Setiap orang ada ego, janganlah nafikannya. Cuma membezakan mereka dengan yang lain ialah tahap seseorang itu menunjukkan egonya. Ego bukannya 100% negatif, ada positifnya. Ego membuatkan seseorang itu lagi nampak kukuh pendirian, bagi lelaki pula lagi nampak sifat kepimpinannya, cuma janganlah berlebih-lebih.
Perbezaan ego lelaki dengan ego perempuan :
Ego Lelaki
Ego Perempuan
Ego siapa lagi tinggi? Lelaki atau perempuan? Jawapannya, kedua-dua. Bila seseorang itu menunjukkan keegoannya, yang lagi seorang mahu membalas balik dengan ego yang lebih tinggi. Akhirnya, apa-apa pun tidak menjadi, kedua-dua pihak perlulah belajar merendahkan ego masing-masing. Jangan biarkan satu pihak sahaja kena selalu mengalah.
Bagi mereka yang ego tinggi, cubalah rasa segan pada orang keliling. Kalau dibiarkan juga, kelak akan menyusahkan orang, dan orang yang suka menyusahkan orang lain ini, sebenarnya bukanlah orang, tapi saudara syaitan.
Perbezaan ego lelaki dengan ego perempuan :
Ego Lelaki
- Selalu anggap dirinya lebih betul
- Setiap kali nak menang, tidak mahu kalah
- Mudah tercabar bila ada orang lagi bagus, terutamanya perempuan
- Mahu perhatian lebih, lagi-lagi daripada lelaki
- Mudah cemburu, terutamanya dengan kaum sejenis
Ego siapa lagi tinggi? Lelaki atau perempuan? Jawapannya, kedua-dua. Bila seseorang itu menunjukkan keegoannya, yang lagi seorang mahu membalas balik dengan ego yang lebih tinggi. Akhirnya, apa-apa pun tidak menjadi, kedua-dua pihak perlulah belajar merendahkan ego masing-masing. Jangan biarkan satu pihak sahaja kena selalu mengalah.
Bagi mereka yang ego tinggi, cubalah rasa segan pada orang keliling. Kalau dibiarkan juga, kelak akan menyusahkan orang, dan orang yang suka menyusahkan orang lain ini, sebenarnya bukanlah orang, tapi saudara syaitan.
Cara-Cara Nak Sentiasa Kreatif
- Buat senarai
- Sentiasa bawa buku nota
- Cuba menulis bebas
- Catat bila mendapat idea
- Jauhkan diri dari komputer
- Jangan paksa diri
- Berhenti merendahkan diri sendiri
- Ambil masa untuk berehat
- Menyanyi dalam tandas
- Dengar muzik baru
(justin bieber dan sewaktu dengannya)
- Minum kopi
- Berfikiran terbuka
- Bergaul dengan orang-orang kreatif
- Dapatkan pendapat dan kritikan orang lain
- Berkolaborasi
- Praktis dan praktis
- Jangan putus asa
- Terima diri melakukan kesilapan
- Merantau ke tempat baru
- Bersyukur
- Berani ambil risiko
- Langgar undang-undang
- Baca kamus
- Wujudkan satu rangka kerja
- Bersihkan ruang kerja
- Berhenti kejar kesempurnaan orang lain
- Berseronok
- Selesaikan sesuatu
Subscribe to:
Posts (Atom)