Monday, March 12, 2012

Art, Games and Women


Golongan yang terlibat dalam bidang ART perlu banyak bermain video games. Sebab game sangat membantu mereka mengembangkan imaginasi. Game merupakan sumber inspirasi yang kuat, kerap kali dijadikan sebagai bahan rujukan, lagi-lagi dari segi design.

Jadi apabila mereka, terutamanya 'perempuan' asyik merungut-rungut yang pasangan mereka selalu bermain game, cuba fikir balik, adakah pasangan anda banyak luangkan masa bersama game atau bersama anda?

Banyak kes para gadis sekalian, mudah melenting kerana mendapat tahu pasangan mereka bermain game. Mereka lupa yang mereka bukan marah sebab pasangan mereka tidak mengendahkan mereka, tapi lebih kepada bermain game itu sendiri.


Cuba renungkan, zaman sekarang bila anda online, sudah tentu jumpa di Facebook, chatting, like post/komen masing-masing dan sebagainya, kalau keluar dating pula sudah tentu si lelaki tidak dapat bermain game dan sah-sah akan luangkan masa dengan pasangannya. Jadi, apa salahnya bila si lelaki mahu meluangkan masa bermain game kegemaran di rumah? Perlu sangatkah mantain connection sepanjang masa, setiap minit dan setiap saat dengan pasangan bila berjauhan? Bila dekat berkepit, bila berjauhan pula sms tidak putus-putus.


Bagi perempuan yang tidak tahu, game popular seperti, DOTA bukan sahaja menjadi kegilaan ramai jejaka tetapi juga dapat mengeratkan lagi silaturahim dengan rakan-rakan mereka, ini fakta. Lainlah kalau si lelaki terlalu obsess dengan game sehinggakan tidak mempedulikan langsung orang tersayang atau pun bermain terlampau banyak sehingga boleh dikatakan 'tidak ada life'.


Jadi mereka yang terlibat dalam bidang ART, dan secara semulajadinya sangat-sangat berminat bermain game. Jika disuruh berhenti bermain game, seolah-olah menyekat sumber kreativiti mereka, dan secara tidak langsung ibarat menyuruh mereka berhenti mengejar cita-cita. Kebanyakan perempuan tidak tahu nikmat keseronokan bermain game, mereka cuma duduk di luar zone itu dan merungut-rungut. Apa kata join sekali? Bukankah lebih bahagia?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...